Rabu, 31 Januari 2018

KELAS PENDIDIKAN KESEJAHTERAAN KELUARGA

KURSUS KELAS PENDIDIKAN KESEJAHTERAAN KELUARGA (PKK)

Anjuran                    : Jiran Wanita Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kg.Tonobon Baru
Jangkamasa Kursus : 1 Tahun
Tarikh Kursus          : Setiap Hari Rabu (2.00 ptg - 5.00 ptg)
Tempat                     : Dewan Mini Kg. Tonobon Baru, Keningau

Skop Pembelajaran:
1. Masakan;
2. Jahitan;
3. Seni Kecantikan;
4. Seni Tangan / Kraftangan;
5. Bakery.


Pertemuan pertama para peserta kursus ini telah berlangsung pada pukul 2.00 petang tadi bertempat di Dewan Mini Kg. Tonobon Baru, Keningau. 


Seramai 48 orang peserta yang telah mendaftar secara dalam talian (aplikasi Whatsap yang dibina oleh Cikgu Hendritha Anastasius) telah hadir pada pertemuan pertama ini, yang mana turut dihadiri oleh salah seorang guru KEMAS yang cukup berpengalaman dalam bidang Pendidikan Kesejahteraan Keluarga (PKK).

Dalam pertemuan yang julung kali diadakan ini, para peserta telah membuat pemilihan bagi mengisi jawatan Jawatankuasa Kelas Pendidikan Kesejahteraan Keluarga (PKK), Kg. Tonobon Baru, Keingau.

Berikut adalah senarai AJK yang terpilih:

Pengerusi                   : Pn. Hendritha Anastasius
Timbalan Pengerusi   : Pn. Lily Jaimis
Setiausaha                 : Pn. Anisah Lawrence
Bendahari                  : Pn. Wanna George

AJK
1. Pn. Emelia Miging
2. Pn. Adilin Lawrence
3. Pn. Siti Rohani Bernard
4. Pn. Marianeh Gonolon
5. Pn. Jamalita Jimis
6. Pn. Clarice Joseph
7. Pn. Julia Kunsing
8. Pn. Cansandra Farahin Joseph

ALBUM...








Wajah ceria Cikgu Aizah...


PEMBERITAHUAN / MAKLUMAN

MAKLUMAN:

Pendaftaran Subsidi Baja dan Racun Padi Bukit / Padi Sawah Tahun 2018:

Tarikh Mula       : 08/01/2018 (Isnin)
Tarikh Akhir      : 28/02/2018 (Rabu)

Borang-borang boleh diperolehi dari Pejabat Pertanian Bingkor. Borang-borang yang telah lengkap diisi 
hendaklah disahkan oleh Pengerusi JKKK / Ketua Kampung.

Untuk Cop & Pengesahan, mohon hubungi 
PJKKK/KK sebelum datang ke rumah (takut tiada di rumah):

Pengerusi JKKK    : 010-5896200
Ketua Kampung     : 013-8544175

#urusan pengesahan & cop pada waktu siang saja kio.

Harap maklum, terima kasih.

Selasa, 30 Januari 2018

PENDIDIKAN KESEJAHTERAAN KELUARGA :JIRAN WANITA KRT TONOGON BARU, KENINGAU

Selamat sejahtera, Kelas Pendidikan Kesejahteraan Keluarga (PKK) Jiran Wanita KRT,Kg.Tonobon Baru, Kenigau, yang telah dibuka sejak akhir...