Sabtu, 31 Mac 2018

PERASMIAN DEWAN TERBUKA SEKOLAH SK BUNGA RAYA, KENINGAU, SABAH


MAJLIS PERASMIAN DEWAN TERBUKA SEKOLAH SK BUNGA RAYA, KENINGAU

KENINGAU, 28 MAC 2018 - Impian seluruh warga sekolah SK Bunga Raya, Keningau, Sabah, akhirnya tercapai dengan terbina dan siapnya sebuah Bangunan Dewan Terbuka Sekolah. Bangunan itu yang luasnya 40 kaki X 50 kaki persegi amat melegakan hati seluruh warga sekolah khususnya guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekolah.

Permohonan yang telah sekian lama diajukan ini kepada pihak kerajaan khususnya Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, akhirnya mendapat perhatian daripada pihak kerajaan melalui Yang Berbahagia Encik Kennedy Jie Datuk John, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Kawasan N33 Bingkor.

Pembinaan bangunan dewan terbuka ini telah dimulakan sejak hujung tahun lalu dan siap sepenuhnya pada pertengahan bulan Februari 2018, yang lepas.

Majlis perasmian bangunan ini telah berlangsung pada 28 Mac 2018 oleh Yang Berbahagia Encik Kennedy Jie Datuk John, PPM N33 Bingkor, serentak dengan majlis mesyuarat agung tahunan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bai sesi 2018/2019.

Seramai 200 orang ibu bapa hadir dalam majlis ini yang turut dihadiri oleh pegawai-pegawai daripada Unit Pemimpin  Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kawasan N33 Bingkor serta pemimpin-pemimpin masyarakat setempat.

Puan Suriaty Ramat, Guru Besar SK Bunga Raya, merakamkan penghargaan tidak terhingga kepada pihak PPM yang telah membantu meluluskan permbinaan dewan terbuka ini.

Semoga dewan terbuka ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh seluruh warga sekolah sesuai dengan matlamat asal permohonan dewan terbuka ini.












Y. Bhg. Encik Kennedy Jie Datuk John, PPM Kawasan N33 Bingkor, sedang menandatangani plag perasmian
Dewan Terbuka Sekolah SK Bunga Raya, Keningau, Sabah.

2 ulasan:

PENDIDIKAN KESEJAHTERAAN KELUARGA :JIRAN WANITA KRT TONOGON BARU, KENINGAU

Selamat sejahtera, Kelas Pendidikan Kesejahteraan Keluarga (PKK) Jiran Wanita KRT,Kg.Tonobon Baru, Kenigau, yang telah dibuka sejak akhir...