Kampung Tonobon Baru, Keningau, Sabah terletak lebih kurang 24 kilometer dari Bandar Keningau. Kampung ini merupakan kampung perintis kepada kewujudan Mukim Bunga Raya (yang kini mengandungi tujuh buah kampung iaitu Kg. Tonobon Baru, Kg. Bunga Raya, Kg. Kodop Baru, Kg. Mongitom Baru, Kg. Melidang, Kg. Mongitom Ulu dan Kg. Mongitom Tengah).
Penduduk asal kampung ini adalah berasal daripada Kg.Tonobon (Lama),Kg. Tiong Widu, Kg. Kirokot dan Kg. Tompusis dalam Daerah Tambunan. Tidak hairanlah jika penduduk kampung ini adalah daripada suku kaum Dusun Liwan.
Menurut salah seorang "orang lama" yang juga merupakan salah seorang peneroka/pembuka asal kampung ini iaitu Encik Sundang Ingan (mantan Ketua Kampung), kampung ini dibuka pada awal tahun 1960an. Antara tokoh dan pemimpin awal yang telah membuka kampung ini yang telah berhijrah dari kampung asal di Tambunan ialah Encik Lampakas (arwah), Encik Ingan (mendiang), Encik Dinsui (mendiang), Encik Bandiong (mendiang), Encik Bungkolong (mendiang), Encik Lubis @ Dubis (mendiang), Encik Sitim (mendiang), Encik Dumbuh dan beberapa orang lagi (nama tidak dapat diingat).
Pada peringkat awal pembukaan kampung ini, kampung ini dinamakan sebagai Kg. Paka (mengambil nama sejenis tumbuhan lalang atau "paka" dalam bahasa Kadazandusun yang banyak tumbuh di kawasan ini. Seterusnya nama ini diubah kepada Kg.Bunga Raya, iaitu mengambil nama sempena penemuan sepohon pokok Bunga Raya yang ditemui di kawasan ini (kawasan penemuan pohon Bunga Raya itu sekarang dikenali sebagai Kg. Naaba).
Peredaran masa yang berlaku telah mendorong beberapa buah keluarga dari Kg. Tubau, Kg. Paus, (diketuai oleh mendiang Togiau) dan Kg. Kodop Lama (diketuai oleh mendiang Kanahong), dalam Daerah Ranau, telah datang berhijrah ke kampung ini dan telah membuka beberapa kawasan petempatan. Menurut Encik Sundang, senario penghirahan ini adalah didorong oleh desakan hidup yang berlaku pada ketika itu di mana kepayahan mencari rezeki dari kampung asal adalah puncanya.
Kedatangan penduduk daripada Daerah Ranau ini telah menambah populasi penduduk di kawasan ini. Hal ini menyebabkan pemimpin-pemimpin masyarakat dari ketiga-tiga kampung asal telah mengambil keputusan untuk mewujudkan kawasan sempadan kampung dan menamakan kampung masing-masing bagi membolehkan urusan pentadbiran kampung lebih efesien dan sistematik. Hasil perbincangan pemimpin-pemimpin yang mewakili ketiga-tiga peringkat penghijrahan ini (Kg. Tonobon Lama, Kg. Tubau dan Kg. Kodop Lama), telah mengambil ketetapan bersama dengan menamakan kampung masing-masing iaitu Kg. Tonobon Baru, Kg. Bunga Raya dan Kg. Kodop Baru.
Pada ketika ini populasi penduduk di kampung ini hampir mencecah 1 800 orang dengan bilangan Ketua Isi Rumah hampir mencecah 180 buah keluarga. Kebanyakan penduduk pula bekerja sebagai petani (menanam padi huma, mengusahakan tanaman getah, kelapa sawit, halia, dan buah-buahan), bekerja di sektor awam, swasta serta ada juga yang bekerja sendiri.
Kemudahan-kemudahan asas yang ada di kampung ini pula adalah seperti sebuah dewan mini, sebuah balai raya (sudah uzur), 2 buah gereja (Katolik dan Bethany), sebuah surau, klinik desa (guna sama Mukim Bunga Raya), sebuah sekolah rendah (guna sama), paip graviti), bangunan pusat pengumpulan halia, talian telefon (TM), pondok bas mini serta bekalan tenaga elektrik (SESB).
Adalah diharapkan agar kampung ini akan terus maju seiring dengan kemajuan-kemajuan yang telah dikecapi oleh kampung-kampung yang telah maju.
Pihak pentadbiran kampung (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) sentiasa berusaha membawa permasalahan dan keperluan-keperluan mendesak kampung untuk diketengahkan kepada pihak-pihak berwajib agar kehidupan penduduk lebih selesa. Dalam hal ini, pihak JKKK tidak pernah putus asa dalam menyampaikan permasalahan penduduk dengan membawa sendiri pemimpin dan tokoh-tokoh politik bagi meninjau dan melihat sendiri situasi sebenar dalam kampung.
Mudah-mudahan kampung ini akan terus maju dan mendapat pembelaan sewajarnya daripada pihak kerajaan kerana rata-rata penduduk kampung ini adalah penyokong tegar kerajaan (Barisan Nasional) walaupun tidak dinafikan terdapat segelintir individu yang mendokong parti pihak pembangkang.
Salam hormat.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan