Selasa, 30 Januari 2018

Mukadimmah

Selamat sejahtera,

Syukur ke hadrat illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, maka Blog Kampung Tonobon Baru, Keningau, Sabah (kampungku tercinta) ini dapat dibina. Meskipun blog ini blog baru yang sudah pasti masih "bergetah dan mentah", namun kewujudannya sudah pasti akan mendekatkan masyarakat dan penduduk di kampung ini dengan pihak-pihak luar mahupun sesama.

Blog ini akan memaparkan pelbagai berita, cerita, rencana, iklan serta apa pun bahan yang boleh dikongsi demi kebaikan bersama. Justeru itu, diharap para pembaca atau pengikut blog akan menjadikan blog ini sebagai wadah untuk berkongsi cerita, pendapat serta maklumat-maklumat penting yang dapat membina minda bersama. 

Pihak blogger sentiasa mengalu-alukan apa juga bahan cerita, idea, pendapat untuk dikongsi di dalam blog ini.

Marilah sama-sama memacu minda penduduk kampung kita dengan idea-idea baru tanpa mengenepikan idea-idea atau fahaman-fahaman lama, yang mana telah mendewasakan kita. Jadikan blog ini sebagai blog santai minda yang mampu merobah pemikiran biasa kepada luar biasa...

Salam hormat.
Pjkkk Kg. Tonobon Baru (Encik Louis Lubis) bersama En. Kennedy Jie Datuk John, dalam satu majlis di Kg. Tonobon Baru.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PENDIDIKAN KESEJAHTERAAN KELUARGA :JIRAN WANITA KRT TONOGON BARU, KENINGAU

Selamat sejahtera, Kelas Pendidikan Kesejahteraan Keluarga (PKK) Jiran Wanita KRT,Kg.Tonobon Baru, Kenigau, yang telah dibuka sejak akhir...